• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

27 November 2025 | 04:35 PM

Promosi Kraf Malaysia 2025 @ Miri Raih Sambutan Menggalakkan, Tonjolkan Kraf Beridentiti Malaysia

Miri – Promosi Kraf Malaysia 2025 @ Miri catat sambutan menggalakkan daripada pengunjung tempatan dan antarabangsa, sekali gus memperlihatkan minat yang tinggi terhadap produk kraf beridentiti Malaysia.

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Sarawak dalam kenyataannya menjelaskan, penganjurannya bertujuan menyediakan platform kepada usahawan kraf tempatan untuk mempromosi serta mengkomersialkan produk mereka kepada masyarakat setempat dan pelancong.

Seramai 37 orang usahawan kraf dari seluruh Sarawak terlibat, merangkumi lima bidang utama iaitu tekstil, hasil rimba, hasil tanah, logam, dan pelbagai aneka kraf.

Acara tersebut berlangsung selama sembilan hari, bermula 21 November lalu hingga 30 November ini, dengan sasaran jualan berjumlah RM300 ribu.

Setakat hari ke-6 penganjurannya hari ini, hasil jualan dan bilangan pengunjung menunjukkan peningkatan positif, dan dijangka akan mencapai sasaran yang ditetapkan.

Selain itu, acara tersebut bukan sekadar menjual produk kraf semata-mata, malah turut menawarkan pelbagai aktiviti sampingan yang interaktif.

Antaranya termasuk jualan produk kraf, hebahan “Jom Masuk IKN”, sesi interaktif kraf, serta pameran “Ini Kraf Malaysia”.

Dengan sambutan yang memberangsangkan, Promosi Kraf Malaysia 2025 @ Miri bukan sahaja menjadi platform untuk memperkukuh ekonomi kreatif tempatan, tetapi juga menyemarakkan kecintaan terhadap warisan budaya Malaysia dalam kalangan pelancong dan masyarakat setempat.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok