NEW YORK - Ribuan penduduk Gaza yang hilang tempat tinggal kini bergelut mencari perlindungan selamat menjelang musim sejuk, menurut UNRWA.
Lebih 79,000 penduduk ditempatkan di 85 pusat perlindungan kendalian agensi itu, namun ramai terpaksa mendirikan khemah sementara kerana kekurangan bahan perlindungan.
Jurucakap PBB Stéphane Dujarric memberi amaran bahawa penduduk sangat terdedah kepada banjir akibat cuaca buruk, sementara sekatan Israel menyukarkan kemasukan bantuan dan operasi badan kebajikan.
Baru-baru ini, ribut dan hujan lebat membanjiri puluhan khemah di Al-Mawasi, Khan Younis, menambah kebimbangan krisis kemanusiaan.
Gaza kini memerlukan kira-kira 300,000 khemah dan unit kediaman untuk memenuhi keperluan asas penduduk yang terjejas.
Sumber: BERNAMA - WAFA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back