• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

27 November 2025 | 03:26 PM

Kerajaan Sarawak Komited Sokong Penuh Peranan JBPM, Perkukuh Kesiapsiagaan Jabatan

Kuching – Kerajaan Sarawak mengiktiraf peranan strategik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, dalam melindungi keselamatan dan kesejahteraan rakyat di negeri ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian berkata, kerajaan komited untuk terus menyokong jabatan itu melalui pelbagai inisiatif bagi memperkasa kesiapsiagaan anggota.

Ia termasuk penyediaan latihan berterusan, pembangunan modal insan, penerimaan teknologi moden, serta peralatan dan infrastruktur yang dipertingkatkan.

Selain itu, kerjasama rapat JBPM Sarawak bersama pelbagai agensi dan pihak berkepentingan juga menunjukkan pendekatan jabatan yang inklusif dan sistematik terhadap keselamatan awam.

Beliau menyifatkannya sebagai model kerjasama yang progresif dan bertanggungjawab.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya yang dibacakan oleh Datuk Bandar Kuching Selatan, Wee Hong Seng, bersempena Majlis Pelancaran Kesiapsiagaan JBPM Sarawak bagi Menghadapi Musim Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 di Kuching, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai majlis pelancaran berkenaan, ia menjadi platform operasi penting buat jabatan untuk memastikan tahap kesiapsiagaan aset dan anggota berada pada tahap terbaik.

Dengan perancangan rapi, latihan intensif dan komitmen tinggi JBPM, beliau yakin mereka dapat bertindak dengan lebih berkesan, mengurangkan risiko serta melindungi rakyat semasa musim MTL nanti.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok