KUALA LUMPUR - Situasi banjir pagi ini 27 November menunjukkan keadaan berbeza di beberapa negeri.
Jumlah mangsa di Kelantan sedikit menurun kepada 10,950 orang, manakala Perlis (7,501 mangsa), Terengganu (3,483), Perak (5,620), Kedah (4,306) dan Selangor (2,460) terus meningkat.
Di Kelantan, 66 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dengan Tumpat mencatat jumlah mangsa tertinggi, diikuti Bachok dan Kota Bharu. Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Galas di Gua Musang melepasi tahap bahaya.
Di Perlis, jumlah mangsa meningkat dengan 24 PPS kini beroperasi, manakala di Terengganu, daerah Kemaman turut dilanda banjir awal pagi tadi. Sungai di Setiu dan Kampung Langkap melepasi paras bahaya.
Perak mencatat peningkatan mangsa di lapan daerah, Kedah melaporkan enam sungai melepasi tahap bahaya, dan Selangor masih menempatkan 2,460 mangsa di 15 PPS. Pahang mencatat jumlah mangsa paling rendah, iaitu 19 orang di Lipis.
Orang ramai diingatkan sentiasa memantau perkembangan banjir dan mengikuti arahan pihak berkuasa.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back