• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

27 November 2025 | 02:44 PM

‘Jom Ke Sarawak’ Tarik Perhatian: Pakej - Geopark Delta Sarawak Vol.2 Dilancarkan

KUALA LUMPUR - Sarawak terus memperkukuh daya tarikannya sebagai destinasi pelancongan utama apabila Tourism Malaysia, bersama Association of Sarawak Inbound Agencies (ASIA), Sarawak Tourism Board dan Business Events Sarawak, menganjurkan Jom Ke Sarawak Roadshow dengan penyertaan 22 pemain industri pelancongan dari negeri itu.

Roadshow tersebut memberi fokus kepada promosi Sarawak sebagai destinasi MICE (Meetings, Incentives, Conventions, Exhibitions) terkemuka melalui sesi Business to Business (B2B) yang menghubungkan penggiat industri dari Sarawak dan Lembah Klang.

Dalam acara sama, Pakej Sarawak Delta Geopark Vol. 2 turut dilancarkan. Pakej itu menampilkan 42 itinerari baharu oleh 13 pengendali pelancongan, mengetengahkan keunikan geologi, flora dan fauna, aktiviti lasak, budaya tempatan serta kulinari Sarawak.

Pelancaran berkenaan selaras dengan persiapan Sarawak Delta Geopark untuk penarafan UNESCO Global Geopark pada 2026.

Antara destinasi tumpuan dalam pakej baharu ini termasuk, Kuching: Sarawak Cultural Village dan Taman Negara Bako; Bau: Wind & Fairy Cave dan Paku Rock Maze; dan Padawan: Annah Rais Homestay dan Semadang River Kayak

Majlis pelancaran disempurnakan oleh tokoh industri termasuk Timbalan Ketua Pengarah (Promosi II) Tourism Malaysia, Samuel Lee Thai Hung, Pengerusi ASIA, Philip Yong, dan Ketua Unit Pengurusan Geopark Jabatan Perhutanan Sarawak, Madeline George Pau.

Inisiatif itu dijangka mengukuhkan Sarawak sebagai destinasi MICE dan pelancongan budaya bertaraf dunia, sekaligus memperkukuh Malaysia sebagai pilihan utama pelancong.

Untuk rekod, Malaysia merekodkan 28.24 juta ketibaan pelancong dari Januari hingga Ogos 2025, manakala Sarawak mencatat 3.59 juta kedatangan pelawat dari Januari hingga September 2025, menunjukkan pertumbuhan kukuh dalam sektor pelancongan negara.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok