KUALA LUMPUR - Penduduk di beberapa negeri Pantai Barat Semenanjung tengah hari tadi dikejutkan dengan gegaran susulan gempa bumi kuat bermagnitud 6.5 yang melanda luar Pantai Barat Sumatera Utara, Indonesia.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa berlaku pada jam 12.56 tengah hari dengan pusatnya dikesan pada kedudukan 2.7 darjah utara dan 95.9 darjah timur pada kedalaman 57 kilometer.
MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, gegaran ringan dirasai di beberapa kawasan terutama di negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung, menyebabkan orang ramai tampil berkongsi pengalaman masing-masing di media sosial.
Namun, orang ramai tidak perlu panik, MetMalaysia mengesahkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian itu.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back