• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

27 November 2025 | 10:45 AM

Lebih 6,000 Keluarga Terkesan Banjir di Bintulu Terima Bantuan Khas RM1,000

BINTULU - Lebih 6,000 keluarga yang terkesan banjir di Bintulu kini mula menerima Bantuan Khas RM1,000, dengan proses pembayaran dilaksanakan secara berperingkat oleh kerajaan negeri dan Persekutuan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming.

Johnny menegaskan bahawa dakwaan kelewatan pembayaran yang tular di media sosial perlu dijelaskan kerana bantuan tidak disalurkan melalui pejabat wakil rakyat, sebaliknya terus dikreditkan ke akaun bank oleh Pejabat Daerah.

Beliau hanya membantu pengisian borang permohonan pada fasa awal dan tidak terlibat dalam kelulusan permohonan.

“Bantuan ini hanya diberikan kepada ketua isi rumah dan satu keluarga bagi setiap rumah. Ramai bertanya bila dapat RM1,000, tetapi kelayakan perlu disahkan terlebih dahulu,” katanya pada sidang media di Bilik Media DUN semalam 26 November.

Katanya. bagi pemohon yang tidak menetap di pusat pemindahan sementara (PPS), sebanyak 6,178 daripada lebih 7,000 permohonan telah diluluskan.

Manakala daripada 1,492 isi rumah di PPS, 190 pemohon mempunyai data tidak lengkap dan 208 pemohon didapati tidak layak.

Johnny menasihati mangsa banjir untuk membuat semakan berkala apabila pembayaran diluluskan,

ADUN Tanjong Batu itu turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri dan Persekutuan atas bantuan yang disediakan, dan meminta orang ramai bersabar dengan prosedur yang sedang dijalankan.

Sumber: fb Team GPS N41

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok