• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

27 November 2025 | 10:32 AM

Wanita Ditahan Susulan Penipuan Homestay di Saratok

SARATOK - Polis Saratok menahan seorang wanita tempatan disyaki terlibat dalam kes penipuan tempahan homestay yang menyebabkan kerugian RM740 pada 25 November lalu.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie dalam kenyataan hari ini berkata, kes bermula pada 9 November apabila pengadu membuat tempahan homestay melalui akaun Facebook dan melakukan bayaran secara dalam talian.

Bagaimanapun, pengadu gagal menghubungi pihak terbabit dan pengurusan homestay mengesahkan tiada tempahan dibuat atas namanya.

Katanya, siasatan mendapati suspek adalah pemilik akaun bank yang digunakan dalam transaksi tersebut.

Wanita itu mendakwa butiran peribadinya pernah diberikan kepada seorang lelaki pada 2023 untuk urusan pinjaman peribadi dan tidak mengetahui wang RM740 dimasukkan ke akaunnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, dan suspek dijadualkan dituduh di Mahkamah Saratok pada 12 Disember ini.

Sumber: TVS

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok