KUCHING - Pembangunan Belaga bakal dipergiatkan selepas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi komitmen untuk mempercepatkan pelaksanaan beberapa projek strategik termasuk infrastruktur tenaga, perumahan, dan kemudahan awam.
Menurut Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Liwan Lagang, projek utama termasuk lanjutan grid elektrik dari Belaga ke Nanga Merit sejauh 135 kilometer yang dijangka memberi manfaat besar kepada komuniti luar bandar.
“Projek perumahan Skim Perumahan Bantuan Kerajaan (SPBK) juga disahkan akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Tanah dan Survei,” katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak di Dewan Undangan Negeri Sarawak pada Rabu, 26 November.
Lebih 20 ketua masyarakat dan kampung dari kawasan Belaga–Merit turut membentangkan cadangan pembangunan dan keperluan komuniti masing-masing.
Antara projek lain yang diberi keutamaan termasuk projek Belaga Square bernilai RM20 juta, pembukaan Masjid Daerah Belaga, serta tambahan RM5 juta untuk pembinaan Stadium Belaga bagi memperkukuh kemudahan sukan dan aktiviti belia di daerah tersebut.
Sumber: UKAS
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back