• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

27 November 2025 | 09:14 AM

Mbappe Ledak Empat Gol Bantu Real Madrid Benam Olympiacos

ATHENS - Kylian Mbappé mempamerkan kelas dunia apabila meledak empat gol untuk membantu Real Madrid menewaskan Olympiacos 4-3 dalam aksi penuh dramatik Liga Juara-Juara.

Tuan rumah mengejutkan Real seawal permainan apabila Francisco Chiquinho meledak dari jarak 20 ela. Namun, detik itu hanya mengundang kebangkitan sensasi Mbappé yang menjaringkan hatrik dalam tempoh tujuh minit, hatrik kedua terpantas dalam sejarah Liga Juara-Juara.

Gol pertama hadir menerusi lorongan cantik Vinicius Jr, diikuti tandukan kemas hasil hantaran Arda Guler. Mbappé kemudian meluru menewaskan perangkap ofsaid sebelum menyempurnakan gol ketiga daripada hantaran Eduardo Camavinga.

Real terus mengancam, termasuk percubaan Aurelien Tchouameni yang menggegar palang. Olympiacos cuba bangkit melalui tandukan deras Mehdi Taremi, tetapi Mbappé kembali mencetak gol keempatnya dengan sentuhan jarak dekat selepas menerima hantaran Vinicius.

Ayoub El Kaabi menambah gol kedua Olympiacos lewat permainan, namun ia tidak cukup untuk menafikan kemenangan pertama Real di Athens dalam 10 kunjungan.

Kemenangan itu menamatkan rentetan tiga perlawanan tanpa menang Real Madrid, sekali gus mengangkat mereka ke tangga kelima, hanya tiga mata di belakang pendahulu Arsenal.

Sumber: BBC

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok