• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

27 November 2025 | 09:04 AM

Arsenal Terus Garang, Atasi Bayern 3-1 Kekalkan Rekod Sempurna

LONDON - Arsenal memperkukuh penguasaan mereka dalam Liga Juara-Juara apabila menewaskan Bayern Munich 3-1, sekali gus mengekalkan rekod 100 peratus kemenangan musim ini.

The Gunners bermula garang dan membuka jaringan pada minit ke-22 menerusi tandukan Jurrien Timber hasil sepakan penjuru Bukayo Saka.

Bayern bangkit selepas ketinggalan dan menyamakan kedudukan 10 minit kemudian. Hantaran jauh Joshua Kimmich menemui Serge Gnabry yang kemudian melorongkan bola untuk pemain muda Lennart Karl menjaringkan gol pertama Arsenal bolos dalam kempen ini.

Namun Arsenal tidak goyah. Noni Madueke, yang masuk sebagai pemain gantian, meledak gol pertamanya untuk kelab itu selepas menyambut hantaran deras Riccardo Calafiori, mengembalikan kelebihan buat tuan rumah.

Kemenangan The Gunners dimuktamadkan apabila Eberechi Eze mengangkat bola melepasi benteng Bayern untuk Gabriel Martinelli menewaskan Manuel Neuer yang keluar terlalu awal, memastikan Arsenal meraih lima kemenangan daripada lima perlawanan.

Sumber: BBC

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok