• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

27 November 2025 | 08:56 AM

Penunggang Motosikal Maut Dalam Kemalangan di Jalan Camar

KUCHING - Seorang lelaki tempatan berusia sekitar 27 tahun maut dalam satu kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kereta di Jalan Camar, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata kejadian berlaku sekitar jam 5.20 petang apabila sebuah kereta dari arah Petra Jaya menuju ke Jalan Kong Ping membelok ke kanan masuk simpang sebelum berlanggar dengan sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan dan bergerak lurus.

Beliau dalam kenyataan memberitahu akibat pelanggaran tersebut, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara pemandu berusia lingkungan 69 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu atau membahayakan.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun serta denda antara RM20,000 hingga RM50,000.

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok