KUCHING – Malaysia catat lonjakan positif apabila menghuni kedudukan ke-23 daripada 69 ekonomi yang dinilai bagi tahun ini, dalam Penarafan Daya Saing Dunia, Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa (IMD).
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, peningkatan tersebut merupakan kenaikan 11 anak tangga berbanding tahun lalu yang berada di tangga ke-34.
Katanya, pencapaian itu merupakan pencapaian terbaik negara sejak tahun 2020.
Sementara itu, menurut Indeks Pentadbiran Awam Blavatnik 2024 pula, oleh Sekolah Tadbir Urus Blavatnik Universiti Oxford, Malaysia berada di tangga ke-40 daripada 120 negara secara keseluruhan.
Kedudukan itu menunjukkan bahawa perkhidmatan awam Malaysia mempunyai kekuatan dalam pengurusan tenaga kerja, proses pentadbiran dan tadbir urus pentadbiran awam.
Ia juga memberi ruang dan peluang untuk Malaysia memperbaiki kedudukan.
Menurutnya, bagi kedudukan di rantau Asia, Singapura berada di tempat pertama sementara Korea di kedudukan ke-15.
Sehubungan itu, beliau komited untuk membawa Malaysia ke tangga ke-15 dunia, setara dengan Korea Selatan, sebagai menyahut seruan Perdana Menteri.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Hari Perkhidmatan Awam di Kuching, hari ini.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back