SEMATAN – Sebuah jambatan gazebo di Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Melano bernilai RM35,000 telah siap dibina dan kini sedia digunakan oleh para pelajar.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan, berkata projek yang dibiayai melalui Peruntukan Khas Projek Mesra Rakyat (MRP) itu berjaya disiapkan dalam tempoh tiga bulan.
Katanya, kemudahan yang disediakan itu diharap dapat dijaga dan dipelihara sebaiknya demi keselesaan serta keselamatan para pelajar yang menggunakannya setiap hari.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan jambatan gazebo tersebut di sekolah berkenaan pada Rabu.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back