KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.5 skala Richter melanda Utara Halmahera, Indonesia pada jam 12.19 tengah hari tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, MetMalaysia memaklumkan bahawa gempa pada kedalaman 94 kilometer itu berpusat kira-kira 105 kilometer di utara Ternate, Indonesia.
Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back