LUBOK ANTU - Seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan kes curi kabel di daerah ini.
IPD Lubok Antu dalam hantaran di Facebook rasminya berkata, suspek ditangkap oleh Pasukan Task Force IPD Lubok Antu di perkarangan Mahkamah Kuching, Petra Jaya pada Khamis 6 November.
Katanya, siasatan mendapati suspek mempunyai 10 rekod jenayah lampau melibatkan pelbagai kesalahan termasuk dadah dan curi.
Ujian saringan air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine / Methamphetamine.
Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Lubok Antu bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sumber: fb IPD LUBOK ANTU
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back
BILIK BERITA CATS
07 November 2025 | 06:03 PM