KUALA LUMPUR - Sebanyak tujuh sekolah di kawasan Parlimen Serian dikenal pasti sebagai sekolah daif dan akan dinaik taraf melalui 10 projek pembangunan semula bernilai keseluruhan RM53.64 juta.
Menurut Kementerian Pendidikan (KPM), sebanyak lapan projek telah siap setakat ini, satu sedang dalam pembinaan dan satu lagi di peringkat pra-bina.
KPM menegaskan komitmennya untuk memastikan infrastruktur pendidikan yang selamat dan kondusif bagi murid di seluruh negara.
Data bangunan sekolah daif juga bersifat dinamik dan akan dikemas kini mengikut keadaan semasa bagi memastikan semua sekolah yang memerlukan diberi keutamaan.
Sumber: fb Sarawak First
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back
BILIK BERITA CATS
07 November 2025 | 05:37 PM