BAU - Dua lelaki tempatan berusia antara 22 hingga 40 tahun ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah dalam pemeriksaan di Kampung Segong, Bau pada Khamis petang, 6 November.
Ketua Polis Daerah Bau, Superintenden Mohd Haide bin A. Rahman berkata, hasil pemeriksaan terhadap salah seorang suspek menemui satu paket plastik kecil lutsinar mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.
"Kedua-dua suspek ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah.," katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi IPD Bau.
Salah seorang turut disiasat di bawah Seksyen 12(2) akta sama kerana memiliki dadah.
Polis menegaskan sebarang penglibatan dalam penyalahgunaan dadah akan dikenakan tindakan tegas dan menyeru orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan melalui Hotline JSJN Bukit Aman di 012-2087222 atau JSJN IPK Sarawak di 017-5929211.
Sumber: IPD BAU
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back
BILIK BERITA CATS
07 November 2025 | 04:21 PM