LUBOK ANTU - Seorang lelaki tempatan berusia awal 30-an ditangkap polis kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah dalam Operasi Tapis Khas dijalankan di Wong Panjai, Lubok Antu, tengah hari Rabu 5 November.
Menurut hantaran di Facebook rasmi IPD Lubok Antu, tangkapan dilakukan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJN) hasil maklumat dan risikan.
Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine manakala siasatan turut mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan kesalahan dadah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sumber: fb IPD LUBOK ANTU
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back
BILIK BERITA CATS
07 November 2025 | 03:15 PM