• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

19 September 2025 | 03:41 PM

23 Pelajar Sarawak Terima Biasiswa Latihan Pelaut Bernilai RM1 Juta

Kuching – Seramai 23 pelajar Sarawak menerima Biasiswa Latihan Pelaut dari Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut (KWPPL), bagi memenuhi keperluan tenaga mahir dalam bidang maritim.

Jumlah itu merupakan sebahagian daripada keseluruhan 44 penerima biasiswa berkenaan, dengan nilai keseluruhan melebihi RM1 juta.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, bidang pelaut profesional semakin penting dalam menampung keperluan industri maritim yang kian berkembang.

Ketika ini terdapat keperluan untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja profesional dalam bidang maritim kerana peluang kerjaya yang ditawarkan amat menarik.

Lebih-lebih lagi apabila kebanyakan kapal di Malaysia dibina di limbungan kapal di Sarawak, termasuk kapal moden.

Beliau menjelaskan bahawa jumlah penerima itu telah meningkat berbanding sebelum ini, namun masih belum mencukupi untuk menampung keperluan semasa.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Hari Maritim Sarawak 2025 di Kuching, hari ini.

Sementara itu, dalam ucapannya ketika perasmian, beliau menegaskan Hari Maritim Sarawak bertujuan meraikan sumbangan sektor maritim terhadap pembangunan negeri.

Selain itu, ia juga menjadi medan perbincangan mengenai teknologi baharu, amalan mampan dan inisiatif strategik.

Usaha ini penting bagi memastikan sektor maritim kekal berdaya saing, berdaya tahan serta bertanggungjawab terhadap alam sekitar untuk generasi akan datang.

#BilikBeritaCats #Catsfm #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok