• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

19 September 2025 | 03:39 PM

Semakan Menyeluruh Undang-Undang Maritim Sarawak Ambil Masa Dua Tahun

Kuching – Sarawak akan melakukan semakan menyeluruh terhadap peruntukan undang-undang maritimnya, termasuk Ordinan Perkapalan Saudagar Sarawak 1960.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, langkah itu bertujuan untuk mengemas kini peruntukan sedia ada serta mengukuhkan lagi kuasa Sarawak dalam hal ehwal maritim.

Katanya, semakan tersebut dijangka akan mengambil masa selama dua tahun.

Bagi tujuan itu, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan dengan penglibatan kementeriannya serta Jabatan Peguam Negara Sarawak untuk meneliti perkara berkenaan.

Menurut beliau, Sarawak kini masih ditadbir di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar Sarawak 1960, yang menetapkan kawasan tertentu berada di bawah bidang kuasa negeri.

Sehubungan itu, Sarawak mahu lebih banyak kuasa diberikan, termasuk dalam aspek pemeriksaan kapal dan pensijilan kategori kapal tertentu.

Selain itu, undang-undang maritim Sarawak juga akan diselaraskan dengan piawaian antarabangsa, khususnya sejajar dengan peralihan global ke arah pendigitalan, tenaga hijau dan perkapalan mampan.

Tegas beliau, ia bukan sahaja untuk kepentingan Sarawak, tetapi juga Malaysia secara keseluruhan, dan memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap keperluan antarabangsa.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Hari Maritim Sarawak 2025 di Kuching, hari ini.

#BilikBeritaCats #Catsfm #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok