TOKYO, 21 Mei: Menteri Pertanian Jepun Taku Eto pada Rabu meletak jawatan selepas berdepan tindak balas hebat berhubung kenyataannya bahawa beliau tidak membeli beras kerana menerima bekalan yang banyak daripada penyokongnya, sekali gus memberi tamparan kepada Perdana Menteri Shigeru Ishiba yang popularitinya sudah pun terjejas akibat isu kos sara hidup, khususnya kenaikan harga beras.
Menurut Kyodo News yang memetik sumber kerajaan, Ishiba dijangka melantik Shinjiro Koizumi, 44, sebagai pengganti Eto - bekas Menteri Alam Sekitar yang popular dan pernah bertanding dalam pemilihan Presiden Parti Demokratik Liberal (LDP) tahun lepas.
Selepas menerima peletakan jawatan Eto, Ishiba mengakui bertanggungjawab sepenuhnya atas pemilihannya dan kerana membiarkannya terus memegang jawatan walaupun berdepan bantahan berhubung kenyataan kontroversi itu. - BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

21 May 2025 | 04:59 PM