KUCHING, 21 Mei: Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) mengadakan lawatan ke tapak pembinaan terowong East Cost Railway Link (ECRL), Section 8, Serendah Tunnel 2 di Selangor, semalam.
Lawatan yang diketuai oleh Pengerusi SADA, Datuk Seri Rohani Abdul Karim itu adalah untuk mengkaji kebolehlaksanaan pembinaan terowong di Temudok, Sri Aman.
Selain itu, ia juga bagi pihak SADA untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kaedah pembinaan terowong dan kesan terhadap alam sekitar serta kawasan sekeliling pembinaan.
Pihak kontraktor juga berkongsi pengalaman perkara yang perlu diambil perhatian sebelum, semasa dan selepas pembinaan terowong.
Lawatan itu diharap dapat membantu juruperunding bagi kebolehlaksanaan terowong serta menghasilkan rekabentuk terowong yang selamat dan praktikal di Sri Aman.
#BilikBeritaCATS #CATSFM