LONDON, 21 Mei - Perdana Menteri Britain pada Selasa menyifatkan penderitaan kanak-kanak tidak berdosa yang terus menjadi mangsa pengeboman sebagai “sama sekali tidak dapat diterima”, sambil menegaskan bahawa “kita tidak boleh biarkan rakyat Gaza kebuluran.”
“Saya ingin menyentuh mengenai situasi mengerikan di Gaza, apabila tahap penderitaan - kanak-kanak tidak berdosa terus dibom - adalah sama sekali tidak dapat diterima,” kata Keir Starmer di Dewan Rakyat semasa menyampaikan ucapan mengenai "perjanjian penyelarasan semula" negara itu dengan EU, lapor Anadolu Ajansi.
Beliau sekali lagi menegaskan pendirian UK yang menolak sebarang penempatan haram di Tebing Barat dan menekankan tuntutan Britain agar bantuan kemanusiaan ke Gaza ditingkatkan secara besar-besaran. (Bernama-Anadolu)
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

21 May 2025 | 04:54 PM