• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

21 May 2025 | 04:53 PM

Kerajaan Sarawak Terus Runding Pelaksanaan Hak di Bawah Perjanjian Malaysia 1963

KUCHING, 21 Mei: Lapan perkara berkenaan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) masih memerlukan perbincangan dan rundingan lanjut antara Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata lapan perkara itu ialah cadangan untuk menambah bilangan ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak di Dewan Rakyat dan cadangan untuk meminda Perkara 25A (Pelancongan) dalam Senarai I (Persekutuan) kepada Senarai III (Serentak), Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, perkara ketiga yang memerlukan perbincangan lanjut ialah cadangan penurunan kuasa kepada Pengarah Kesihatan Sarawak untuk melaksanakan fungsi di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) serta isu-isu lain berkaitan pembangunan, penambahbaikan dan perancangan kemudahan kesihatan di Sarawak.

Selain itu, katanya isu pendidikan seperti perjawatan, pelaksanaan subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam Bahasa Inggeris, dan penggunaan Bahasa Inggeris dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) juga masih memerlukan rundingan lanjut.

Ujarnya, perkara kelima yang masih dalam perbincangan ialah pengiktirafan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) sebagai Jabatan Teknikal di bawah Arahan Perbendaharaan 182; diikuti isu perjawatan di bawah Perkara 112 Perlembagaan Persekutuan, Borneonisasi Perkhidmatan Awam Persekutuan di Sarawak dan perkara kelapan ialah pembangunan kawasan sempadan Sabah-Sarawak-Kalimantan.

Datuk Sharifah menegaskan Kerajaan Sarawak akan terus berunding dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan semua hak yang termaktub di bawah MA63 dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) serta Perlembagaan Persekutuan dipulihkan dan dihormati..

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan ADUN Katibas, Lidam Assan pada Persidangan DUN Sarawak di Kuching, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Datuk Sharifah memberitahu Kerajaan Sarawak juga sedang giat mengusahakan perkara-perkara yang telah dipersetujui secara prinsip iaitu pemberian kuasa kawal selia alam sekitar kepada Kerajaan Sarawak melalui Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB); dan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan berkaitan kuasa pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman di Sarawak.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok