JAKARTA, 21 Mei - Kementerian Kesihatan Indonesia sedang memantau peningkatan kes COVID-19 di beberapa negara Asia termasuk Singapura, Thailand dan Hong Kong, namun memberi jaminan bahawa situasi dalam negara kekal terkawal.
Peningkatan kes berlaku seiring peningkatan mobiliti awam, dengan ramai rakyat Indonesia ke luar negara bagi menghadiri acara antarabangsa termasuk jelajah konsert Lady Gaga yang bermula pada 18 Mei.
Jurucakap kementerian, Aji Muhawarman berkata data sehingga minggu ke-19 tahun 2025 menunjukkan penularan COVID-19 di Indonesia masih berada dalam paras selamat. – Bernama
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

21 May 2025 | 04:52 PM