LONDON, 21 Mei - Kerajaan United Kingdom pada Selasa mengeluarkan kecaman paling tegas setakat ini terhadap serangan Israel ke atas Gaza dan Tebing Barat yang diduduki, menyifatkan krisis kemanusiaan di Gaza sebagai “keji” serta mengumumkan penggantungan rasmi rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Israel, lapor Anadolu Ajansi.
Bercakap di Dewan Rakyat, Setiausaha Luar David Lammy menggambarkan kempen ketenteraan Israel yang berterusan sebagai “berbahaya, menjijikkan dan kejam.”
Beliau memberi amaran bahawa dasar Israel untuk hanya membenarkan “jumlah makanan minimum bagi mengelak kebuluran” ke Gaza adalah satu strategi kelaparan yang disengajakan. (Bernama-Anadolu)
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

21 May 2025 | 04:51 PM