• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

21 May 2025 | 10:31 AM

i-CATS Meterai MoU Dengan NAICO, Kukuh Aspirasi Aeroangkasa Sarawak

LANGKAWI – Sarawak terus memperkukuh kedudukannya dalam industri aeroangkasa negara apabila Kolej Universiti i-CATS menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama National Aerospace Industry Corporation Malaysia (NAICO Malaysia) sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA ’25), semalam.

Langkah ini menyokong usaha Sarawak dalam mencapai ekonomi berteraskan teknologi tinggi, sejajar dengan Pelan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang menetapkan aeroangkasa sebagai salah satu sektor pertumbuhan utama negeri.

Menurut kenyataan hari ini, kerjasama ini akan memacu pembangunan bakat tempatan dan memperluas keupayaan teknikal dalam bidang seperti kejuruteraan sistem, reka bentuk pesawat, avionik, teknologi satelit dan integrasi sistem aeroangkasa.

“i-CATS memainkan peranan penting dalam melahirkan jurutera, juruteknik dan inovator Sarawak yang bersedia menyertai rantaian bekalan industri aeroangkasa tempatan dan nasional,” kata jurucakap institusi tersebut.

Dengan sokongan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD), program akademik dan penyelidikan i-CATS kini diselaraskan dengan Pelan Induk Industri Aeroangkasa Malaysia 2030 (MAIB 2030), yang bertujuan membina tenaga kerja mahir dan penyelidikan teknologi tempatan.

MoU yang dimeterai ini dianggap sebagai pencapaian penting dalam usaha i-CATS membentuk rangka kerjasama strategik bersama pemain industri bagi memastikan pelajar mendapat pendedahan kepada teknologi terkini dan amalan sebenar industri.

Walaupun masih di fasa pembangunan, program aeroangkasa i-CATS dijangka berkembang seiring aspirasi negeri Sarawak untuk mewujudkan ekosistem aeroangkasa yang dinamik, menarik pelaburan, menjana pekerjaan berpendapatan tinggi dan menggalakkan pertumbuhan berasaskan inovasi.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok