• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

20 May 2025 | 05:05 PM

Portal Khas Sempena Maal Hijrah 2025 Dirasmikan Hari Ini

KUCHING – Portal khas sempena Festival Maal Hijrah 1447H/2025M dilancarkan secara rasmi hari ini oleh Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) sebagai inisiatif digital memperkasa sambutan tahun baharu Islam di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai, berkata portal tersebut akan menjadi saluran utama penyampaian maklumat berkaitan program, aktiviti serta hebahan sepanjang penganjuran festival yang akan berlangsung selama 10 hari bermula pada 20 hingga 29 Jun 2025, bertempat di Masjid Jamek Negeri Sarawak.

Menurut beliau, festival edisi keempat ini bakal tampil lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya apabila pelbagai pengisian menarik dirancang termasuk Malam Cinta Rasul, Bicara Ilmiah Wanita (BIWANI), kayuhan santai, serta pertandingan sukan seperti badminton, tenpin boling dan pickleball.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media berhubung festival itu di sini, pada Selasa.

Dalam pada itu, Datuk Wahap turut berkata Jualan Rahmah Madani Bergerak anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak turut diadakan sepanjang festival itu berlangsung, yang bakal menawarkan e-wallet bernilai RM20 kepada 2,000 pengunjung pertama serta pengagihan 30 bakul Rahmah kepada penerima terpilih.

Majlis penutupan festival pada 29 Jun nanti akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya.

Seramai 30,000 pengunjung dijangka hadir sepanjang 10 hari festival itu berlangsung, dengan hadiah utama berupa dua buah motosikal, televisyen 60 inci, dan kerusi urut menanti pengunjung bertuah.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok