SIBU, 20 Mei - Pihak Hospital Sibu sedang mencari waris atau ahli keluarga kepada pesakit lelaki berbangsa Cina, bernama Tiong Teck Chee yang berusia 58 tahun dan alamat terkini yang diperolehi No. 70, Tingkat 3, Jalan Pedada, Pusat Pedada 2, 96000 Sibu, Sarawak.
Hospital Sibu dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pihak hospital sudah sedaya upaya menghubungi ahli keluarga pesakit namun semua tidak bersambung.
Menurut kenyataan itu, sehingga kini tiada ahli keluarga yang hadir untuk urusan perancangan rawatan/discaj pesakit.
Sehubungan itu, pihak Hospital Sibu menyeru orang ramai yang mengenali pesakit atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan waris atau ahli keluarga pesakit, diminta untuk menghubungi Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Hospital Sibu Puan Florida anak Mathew Masir di talian 084-238888 samb.: 7308 dengan kadar segera.
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

20 May 2025 | 04:39 PM