• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

20 May 2025 | 04:37 PM

Murid YSISS Cemerlang dalam Pentaksiran Cambridge Checkpoint

Kuching, 20 Mei: Seramai 99 murid kohort pertama Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak (YSISS) di Petra Jaya yang menduduki pentaksiran antarabangsa Cambridge Checkpoint tahun lalu, telah berjaya memperoleh keputusan yang amat memberangsangkan.

Peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) mempunyai beberapa pola penilaian, bagi konteks Sarawak, pentaksiran itu dijalankan pada pola ke-9, iaitu di peringkat Tingkatan 3.

Oleh sebab itu, ia dikenali sebagai 'Checkpoint'.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Anuar Rapaee berkata, pencapaian murid-murid dalam pentaksiran tersebut adalah setanding dengan tahap antarabangsa.

Katanya, ketiga-tiga subjek utama yang dinilai iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, semuanya melepasi purata pencapaian antarabangsa, dengan skor Bahasa Inggeris pada tahap 32, Matematik (39) dan Sains (39).

Ia bermakna semua murid telah mencapai keputusan dalam kategori tahap tinggi, iaitu antara 31 hingga 40 markah mengikut julat antarabangsa bagi ketiga-tiga subjek berkenaan.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media di Bilik Media, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini, bagi menjelaskan lebih lanjut jawapannya semasa sesi soal jawab dalam persidangan DUN Sarawak.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai kelestarian dan kualiti pentaksiran, beliau memaklumkan bahawa Universiti Cambridge telah diminta untuk memantau serta menjalankan penilaian secara berkala bagi memastikan standard antarabangsa terus dikekalkan.

Jelasnya, walaupun berlaku perubahan silibus di peringkat kebangsaan, ia tidak akan menjejaskan pelaksanaan sistem dan silibus antarabangsa yang digunakan di Sarawak.

#BilikBeritaCats #Catsfm

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok