• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

20 May 2025 | 03:23 PM

Dua Jemaah Haji Malaysia Disahkan Meninggal Dunia di Makkah

MAKKAH – Dua jemaah haji Malaysia disahkan meninggal dunia di Tanah Suci setakat ini, kedua-duanya akibat serangan jantung, menurut Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun.

Kes pertama melibatkan Almarhumah Norizan Tambonan Nordin, 47, dari Batu Pahat, Johor yang meninggal dunia pada Jumaat, 16 Mei 2025, kira-kira jam 6.20 pagi.

Kematian kedua pula membabitkan Allahyarham Abdullah Mat, 59, dari Pasir Mas, Kelantan yang rebah ketika melaksanakan tawaf sunat di Masjidil Haram, awal pagi Isnin, 19 Mei 2025.

“Kedua-dua jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Syariee, Makkah. Pihak TH juga akan melaksanakan badal haji bagi kedua-dua arwah pada musim ini,” ujar beliau dalam sidang media pagi tadi.

Dalam perkembangan berkaitan, seramai 141 jemaah telah menerima rawatan di fasiliti kesihatan TH dan hospital Arab Saudi setakat ini.

Daripada jumlah itu, 89 orang dirawat di Pusat Rawatan TH di Makkah, 40 orang di Madinah dan 12 orang lagi di hospital kerajaan tempatan.

Kes-kes rawatan melibatkan masalah pernafasan, jangkitan paru-paru, sakit jantung, gangguan emosi serta masalah kulit dan otot.

Menurut Hisham, Pusat Rawatan TH di Madinah telah mendapat kelulusan operasi (tasrih) daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi, menjadikan Malaysia antara tiga negara terawal menerima kelulusan tersebut.

“Kelulusan ini hasil kerjasama strategik dengan Saudi German Hospital, selaras dengan syarat baharu kerajaan Arab Saudi yang mewajibkan setiap rombongan rasmi haji melantik penyedia perkhidmatan kesihatan swasta tempatan,” katanya.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok