• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

20 May 2025 | 02:23 PM

Lebih 58 Peratus Jemaah Malaysia Telah Tiba di Tanah Suci

MAKKAH – Sebanyak 18,453 jemaah haji Malaysia telah selamat tiba di Tanah Suci setakat hari ini bagi Musim Haji 1446H/2025M, menurut Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun.

Dalam sidang media pagi tadi, beliau memaklumkan bahawa daripada jumlah tersebut, 17,053 jemaah telah berada di Makkah manakala 1,400 orang masih berada di Madinah.

Jelasnya, ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 58.4% daripada keseluruhan 31,600 jemaah Malaysia bagi tahun ini.

Dalam pada itu, Mohd Hisham turut mengingatkan para jemaah supaya berwaspada dengan keadaan cuaca yang semakin panas, dengan suhu kini mencecah 44°C dan dijangka meningkat sehingga 50°C dalam beberapa hari mendatang.

Jemaah Haji juga disyorkan menggunakan pelitup muka apabila keluar ke masjid memandangkan cuaca berdebu ketika ini.

Ketua Rombongan Haji turut menyeru semua jemaah untuk terus mengikuti program persediaan ibadah haji dan persiapan ke Masyair, serta memperbanyakkan amalan rohani.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok