KUCHING, 20 Mei – Empat individu termasuk tiga kanak-kanak mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Sultan Tengah, di sini awal pagi tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 6.21 pagi, membabitkan sebuah Perodua Myvi yang dinaiki empat mangsa dan sebuah Perodua Alza dipandu seorang wanita.
Komander Operasi, Ibrahim Hasan, berkata sebaik pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya tiba di lokasi, kesemua mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam.
Katanya dalam satu kenyataan hari ini, pasukan bomba menjalankan pemeriksaan keselamatan di lokasi dan mendapati tiada tindakan penyelamatan lanjut diperlukan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

20 May 2025 | 02:22 PM