• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

20 May 2025 | 02:16 PM

Tangki Air Aras Tinggi Samarindah Siap Dalam Tempoh 18 Bulan

KUCHING – Projek pembinaan dua buah tangki air aras tinggi di kawasan Taman Samarindah, Stakan, dijangka akan mengambil masa 18 bulan untuk disiapkan selepas pemilikan tapak diperoleh.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Liwan Lagang, berkata pertapakan bagi projek tersebut telah diluluskan pada 7 April lalu dan kini berada dalam peringkat pengambilan balik tanah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga itu menambah, tender bagi projek ini dijangka akan dipelawa pada Suku Ketiga tahun 2025.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan daripada ADUN Stakan, Datuk Hamzah Brahim, pada Persidangan Hari Kedua Mesyuarat Pertama Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Datuk Liwan memaklumkan bahawa dua tangki yang akan dibina itu masing-masing mempunyai kapasiti 4.5 juta liter, sekali gus dijangka dapat meningkatkan bekalan air bersih kepada penduduk di kawasan berkenaan.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok