• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

20 May 2025 | 02:13 PM

Cuaca Tidak Menentu Cabaran Utama Projek Mikroalga SAF di Sarawak – Dr Hazland

Kuching, 20 Mei: Perubahan cuaca yang tidak menentu dikenal pasti sebagai cabaran utama dalam pelaksanaan projek mikroalga sebagai bahan api penerbangan mampan (SAF).

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata, keadaan cuaca sedemikian boleh menimbulkan pembolehubah yang berterusan dalam kitaran pertumbuhan mikroalga.

Menurut beliau, situasi ini memerlukan pemerhatian dan pemantauan berterusan bagi memastikan kitaran pertumbuhan mikroalga berjalan dengan berkesan.

Tambahnya lagi, projek tersebut turut memerlukan pelaburan yang tinggi, terutamanya dalam penggunaan teknologi seperti sensor kecerdasan buatan (AI) bagi mengendalikan proses penghasilan mikroalga yang berkualiti.

Selain itu, antara cabaran lain termasuk keperluan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran bagi memenuhi permintaan global terhadap bahan mentah bio.

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik, berhubung cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan projek mikroalga, dalam sidang DUN, hari ini.

Sementara itu, ketika menjawab soalan tambahan berhubung sumber-sumber lain yang berpotensi digunakan dalam penghasilan SAF, beliau memaklumkan bahawa kajian sedang dijalankan oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC) untuk menilai potensi beberapa sumber alternatif seperti minyak masak terpakai, rumpai laut, sisa pertanian dan biojisim.

#BilikBeritaCats #Catsfm

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok