KOTA BHARU, 20 Mei - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya merampas 55.899 kilogram (kg) ganja bernilai lebih RM1.95 juta dalam serbuan di pangkalan haram Tok Awang Belulang, Rantau Panjang, Pasir Mas, semalam.
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata serbuan pada 7.20 pagi itu dilakukan oleh Strike Force Sektor A Rantau Panjang, Kompeni C Batalion 9 PGA Kuala Terengganu dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas.
Beliau berkata seorang lelaki tempatan berusia 30-an serta seorang wanita warga Thailand berusia 52 tahun ditahan dalam serbuan itu dan pemeriksaan lanjut menemukan 13 kotak mengandungi 55.899 kilogram ganja yang dibungkus dalam plastik hitam dan lutsinar.
“Turut dirampas sebuah pacuan empat roda Mitsubishi Triton dianggarkan bernilai RM100,000 dengan jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan lebih RM2 juta.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

20 May 2025 | 01:48 PM