ANKARA, 20 Mei - Tentera Israel pada pagi Isnin menyasarkan sebuah gudang yang menyimpan cecair perubatan dan bekalan di Kompleks Perubatan Nasser di Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza, di tengah-tengah serangan genosid yang berterusan sejak Oktober 2023, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Kementerian Kesihatan Gaza memuat naik imej di media sosial yang menunjukkan kesan serangan tentera Israel ke atas gudang bekalan perubatan di dalam kompleks tersebut.
Gambar-gambar itu menunjukkan kemusnahan besar terhadap cecair perubatan, bekalan, dan peralatan penting berikutan serangan tentera Israel. (BERNAMA-ANADOLU)
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

20 May 2025 | 01:45 PM