BRIGHTON, 20 Mei – Pemain gantian Brighton & Hove Albion, Jack Hinshelwood menjaringkan gol kemenangan untuk bangkit menewaskan Liverpool 3-2 dalam aksi mendebarkan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.
Kemenangan itu mengekalkan harapan Brighton untuk beraksi di Eropah musim depan.
Brighton akan menentang Tottenham Hotspur untuk perlawanan terakhir musim ini pada Ahad, manakala Liverpool akan menerima trofi kejuaraan EPL di Anfield, selepas menentang juara Piala FA, Crystal Palace pada aksi penutup kempen.
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

20 May 2025 | 01:45 PM