Kota Samarahan, 19 Mei: Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi (FPBK), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sarawak, anjurkanWacana Bahasa Warisan, bincang cabaran dan strategi pemeliharaan bahasa warisan khususnya di wilayah Borneo.
FPBK UNIMAS dalam kenyataan hari ini berkata, wacana tersebut sebagai sebahagian daripada Permukiman Mesyuarat Majlis Dekan-Dekan Bahasa Universiti Awam (MaLDec) kali ke-2.
Wacana tersebut menjadi platform buat para penyelidik untuk membentangkan kajian masing-masing, di samping mengeratkan kerjasama rentas institusi dalam usaha memperkasakan bahasa warisan dalam pembangunan masyarakat.
Seramai empat orang panel terlibat dalam sesi wacana itu yang berlangsung hari ini bagi berkongsi hasil kajian masing-masing yang mencerminkan kepelbagaian dan keunikan bahasa warisan di pelbagai komuniti.
Sementara itu, Pengerusi MaLDec, Prof. Madya Dr. Nik Aloesnita Nik Mohd Alwi berkata, ia merupakan antara pengisian utama sempena permukiman MaLDec sekali gus mencerminkan iltizam bersama universiti awam dalam memperjuangkan kelangsungan bahasa warisan.
Manakala menurut, Dekan FPBK UNIMAS, Dr. Dilah Tuah, wacana tersebut diharap dapat membuka ruang kepada jalinan kerjasama ilmiah yang lebih luas antara institusi pengajian tinggi, badan bahasa, dan komuniti setempat untuk masa akan datang.
Ia membuktikan bahawa bahasa warisan bukan sekadar alat komunikasi, malah merupakan lambang jati diri, akar budaya, dan identiti bangsa yang wajib dipertahankan serta diwarisi oleh generasi masa depan.
#BilikBeritaCats #Catsfm

BILIK BERITA CATS

20 May 2025 | 01:42 PM