• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

19 May 2025 | 03:59 PM

Gambar Burung Kenyalang Pada Kad Bank Wajar Dibanggakan – Abdul Karim

Kuching, 19 Mei: Gambar jenis burung kenyalang pada kad bank Affin tidak sepatutnya dijadikan isu, sebaliknya ia perlu dibanggakan dan disokong sebagai satu usaha yang positif.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, inisiatif Affin Bank meletakkan gambar burung kenyalang pada kad debitnya adalah langkah yang baik dan tidak wajar dipersoalkan secara sempit.

Menurut beliau, masih banyak isu lain yang lebih penting dan melibatkan kepentingan rakyat, harus diberi perhatian, bukannya membesarkan perkara kecil seperti gambar burung kenyalang pada kad debit.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu tular di media sosial berkaitan tindakan seorang wakil rakyat yang mempersoalkan penggunaan gambar burung kenyalang pada kad bank tersebut, baru-baru ini.

Tegas Abdul Karim, burung kenyalang kekal sebagai simbol kebanggaan dan lambang identiti negeri Sarawak.

Sehubungan itu, katanya, tiada keperluan untuk menukar semula logo berkenaan dan ia seharusnya dibiarkan kekal seperti sedia ada.

Dalam perkembangan sama, beliau turut menyambut baik serta menzahirkan penghargaan kepada Affin Bank atas inisiatif tersebut, yang difahamkan kad itu direka khas untuk rakyat Sarawak sahaja.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok