• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

19 May 2025 | 02:21 PM

Tun Wan Junaidi Seru Kekalkan Kestabilan Politik Sarawak

KUCHING, 19 Mei: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyeru agar rakyat tidak terpengaruh dengan anasir yang boleh menganggu gugat kestabilan politik dan wawasan Sarawak ke arah ekonomi maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Beliau dalam ucapan sempena pembukaan Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang Ke-19, hari ini memberitahu kestabilan politik merupakan syarat utama kepada pembangunan yang mampan.

Tun Wan Junaidi gembira kerana keadaan politik
di Sarawak stabil, sekali gus menjamin pembangunan yang berterusan dan memberi keyakinan kepada pelabur untuk menanam modal mereka di Sarawak.

Beliau menzahirkan sukacita kerana Sarawak kukuh di bawah kepimpinan Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sehingga membolehkan Kerajaan Sarawak menggubal dan melaksana dasar yang progresif, berwawasan dan berpaksikan
kepentingan rakyat.

Ujar beliau, kemakmuran sosioekonomi yang rakyat Sarawak nikmati ketika ini haruslah dipelihara dengan mengekalkan kekuatan dan kestabilan politik negeri ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok