SRI AMAN, 19 Mei: Rumah panjang, Rh Litong di Nanga Kesit, Lemanak Engkelili, Lubok Antu, musnah terbakar pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu, kira-kira jam 10 pagi.
Komander Operasi memaklumkan rumah panjang 15 pintu itu musnah 100 peratus.
Ujarnya, semua penghuni berjaya menyelamatkan diri dan punca serta anggaran kerugian masih disiasat.
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

19 May 2025 | 02:20 PM