• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

19 May 2025 | 02:19 PM

Sarawak Perkukuh Infrastruktur Tarik Pelaburan Berkualiti

Kuching, 19 Mei: Sarawak terus mendapat perhatian di peringkat antarabangsa sebagai destinasi pelaburan strategik di rantau ini, khususnya dalam bidang ekonomi baharu.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, menyokong penuh usaha berterusan kerajaan negeri dalam menarik pelaburan berkualiti tinggi dengan memanfaatkan kedudukan strategik Sarawak.

Menurut beliau, antara langkah utama yang diambil termasuk memperkukuh ekosistem pelaburan melalui penambahbaikan infrastruktur asas dan perkhidmatan logistik di negeri ini.

Katanya, cadangan pembinaan pelabuhan dan lapangan terbang baharu adalah selari dengan keperluan Sarawak sebagai hab logistik serantau.

Langkah strategik itu diyakini akan mengukuhkan lagi daya saing ekonomi Sarawak, terutamanya dalam sektor perdagangan, perindustrian dan pelancongan.

Sehubungan itu, beliau turut menyeru kerjasama aktif daripada pihak swasta untuk bersama-sama kerajaan dalam melaksanakan inisiatif berimpak tinggi tersebut.

Beliau berkata demikian semasa berucap bersempena Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, hari ini.

#BilikBeritaCats #Catsfm

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok