• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

19 May 2025 | 02:17 PM

DUN Sarawak Mulakan Persidangan dengan Ucapan Takziah kepada Keluarga Tun Abdullah Ahmad Badawi

KUCHING, 19 Mei: Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini dimulakan dengan bertafakur bagi menghormati dan memperingati pemergian Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal dunia pada 14 April lepas.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam ucapan pembukaan persidangan pembukaan Persidangan Pertama Penggal Keempat DUN Sarawak Ke-19 turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Tun Abdullah.

Ujarnya, Tun Abdullah merupakan pemimpin yang berfikiran jauh dan prihatin terhadap kesejahteraan rakyat.

Semasa kepimpinan Allahyarham, jelas Tun Wan Junaidi, lima koridor pembangunan ekonomi di Malaysia telah dilancarkan dengan salah satu daripadanya adalah Wilayah Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) pada 11 Februari 2008.

Penubuhan SCORE telah berjaya menarik banyak pelaburan asing dan domestik, khususnya di Taman Perindustrian Samalaju yang menyediakan banyak peluang pekerjaan dan ekonomi kepada rakyat Sarawak.

Tun Wan Junaidi memberitahu pemergian bekas perdana menteri itu merupakan kehilangan kepada rakyat Malaysia serta sumbangan Allahyarham kepada pembangunan negara dan Sarawak khasnya amatlah tidak ternilai dan akan sentiasa dikenang.

Tun Abdullah atau Pak Lah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada usia 85 tahun.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok