BINTULU, 19 Mei: Seorang wanita melecur selepas rumah yang didiami terbakar di Fasa 4, RPR Tanjung Kidurong, kira-kira jam 7.33 pagi tadi.
Komander Bomba memaklumkan kebakaran melibatkan sebuah bilik stor namun telah berjaya dipadam sepenuhnya oleh orang awam sebelum anggota Bomba tiba.
Mangsa yang melecur di bahagian belakang badan menerima rawatan awal dari pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang tiba di lokasi kejadian.
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

19 May 2025 | 02:16 PM