ROM, 19 Mei - Misa bagi meraikan pelantikan Paus Leo XIV bermula di Vatican pada Ahad, dengan ratusan ribu penganut berkumpul di Dataran St. Peter untuk menyaksikan detik bersejarah itu.
Ia menandakan permulaan rasmi kepimpinan Leo sebagai pemimpin ke-267 Gereja Roman Katolik, selepas dipilih pada 8 Mei lepas.
Beliau juga merupakan paus pertama kelahiran Amerika Syarikat.
Paus baharu itu berdoa di makam St. Peter dalam Basilika St. Peter sebelum keluar ke Dataran St. Peter.
Puluhan pemimpin negara, kerabat diraja dan wakil kanan gereja turut berada di Rom bagi menghadiri majlis pelantikan itu. - BERNAMA-dpa
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

19 May 2025 | 02:15 PM