LONDON, 18 Mei - Crystal Palace mencipta sejarah apabila buat pertama kali merangkul trofi Piala FA, selepas menewaskan Manchester City 1-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Wembley pada petang Sabtu.
Kemenangan itu diraih menerusi jaringan tunggal Eberechi Eze pada minit ke-16, memastikan kejayaan yang dinanti-nantikan Crystal Palace.
Ini merupakan kejuaraan Piala FA pertama Crystal Palace dalam sejarah 119 tahun kelab itu, selepas pernah menjadi naib juara pada 1990 dan 2016.
Dengan kemenangan itu, Crystal Palace turut layak ke saingan Liga Europa UEFA buat kali pertama, membuka lembaran baharu dalam perjalanan kelab berkenaan. - BERNAMA-QNA
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

19 May 2025 | 01:41 PM