KUALA LUMPUR, 18 Mei - Harapan tinggi rakyat Malaysia untuk melihat skuad sepak takraw negara menamatkan kemarau kejuaraan selama 34 tahun dalam acara regu berpasukan terkubur jua, selepas tunduk kepada seteru tradisi, Thailand, 0-2 pada aksi final Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa di sini, hari ini.
Regu pertama negara – Amirul Zazwan Amir (apit kiri), Mohammad Syahir Mohd Rosdi (tekong) dan Mohamad Azlan Alias (apit kanan) tewas 11-15 pada set pertama, sebelum bangkit 15-12 namun kecundang 15-17 dalam pertarungan penuh debar.Impian 34 Tahun Musnah: Malaysia Tewas kepada Thailand di Final Piala Asia Sepak Takraw 2025
Regu kedua yang diharapkan menjadi penyelamat maruah negara – dianggotai Farhan Adam, Muhammad Haziq Hairul Nizam dan Muhammad Noraizat Mohd Nordin – turut gagal selepas sekadar menang set pertama 15-13, sebelum dikecewakan 13-15 dan 4-15 oleh trio Thailand, Sittipong Kamchan, Tanaphon Sapyen dan Sirisak Anuloon. – Bernama
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

19 May 2025 | 01:40 PM