SPAOH, 18 Mei - Persatuan Tuai Rumah Panjang di bahagian Betong boleh memainkan peranan penting dalam memelihara dan mempromosikan ‘keresa pesaka’ komuniti Iban.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata antaranya ialah tradisi lisan ‘berbiau’, ‘beganu’, ‘pengap’, ‘berpantun’, ‘ngajat’ dan seni mempertahankan diri iaitu 'Kuntau'.
Beliau berkata demikian semasa majlis Pra Gawai Dayak anjuran bersama Persatuan Tuai Rumah Panjang Spaoh dan Komuniti Spaoh Paku Madani, hari ini.
“Usaha mesti dilakukan bukan sahaja untuk memelihara tetapi mempromosikannya terutamanya dalam kalangan generasi baharu.
“Saya harap ketua-ketua rumah panjang kita dapat tampil dengan program-program yang berkaitan bagi menjayakan perkara ini,” katanya.
Uggah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban berkata aktiviti kebudayaan itu juga mempunyai tarikan tersendiri dalam dunia pelancongan.
Pada majlis itu beliau mengumumkan geran berjumlah RM60,000 untuk Persatuan Tuai Rumah Panjang Spaoh untuk menganjurkan aktiviti kebudayaan dan menampung perbelanjaan persatuan berkenaan.
Ugaah turut mengumumkan pemberian RM10,000 kepada kumpulan SIKAR Kuntau Bukit Saban.
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

19 May 2025 | 01:38 PM